Salam semua..
Ok hari ini saya
nak story mengenai masalah Ekzema salah seorang kenalan saya ini.
Insan ini, seorang
lelaki dewasa, seorang bapa tunggal beranak 4, yang mengalami ekzema yang bukan
sahaja di bahagian badan tetapi di bahagian muka. Masalah ini yang menyebabkan
beliau kurang berkeyakinan untuk kehadapan malah cuba mengelak daripada
berjumpa orang lain kerena ekzema di bahagian muka sukar disorok. Kalau di
badan bolehlah dilindungi dengan pakaian.
Dah berpuluh2 jenis
produk beliau cuba, sudah beratus ringgit beliau habiskan tetapi ‘hampeh’ dan
kecewa kerana tiada perubahan yang diharapkan. Beliau ada menceritakan masalah yang beliau hadapi itu kepada saya tetapi semasa itu masalah ekzema hadapi tidak begitu teruk. Sehingga lah suatu hari di bulan Ramadhan, saya bertemu beliau semasa beliau menziarahi suami saya di Hospital (suami saya baru menjalani pembedahan batu karang). Saya berasa amat kesian pada beliau. Dia berasa emet gatal dan pedih serta berair. Ini gambar yang
sempat saya ambil.
Saya mengesyorkan
beliau mencuba produk Zarraz Paramedical
iaitu Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50.
Calming Cleansing Milk
Sun Protection SPF50
Alhamdulillah
selepas hanya 2 minggu beliau memakainya secara istiqamah inilah hasilnya:
Kini beliau tidak
lagi merasa rendah diri, kurang yakin, malu kerana masalah ekzema beliau sudah
pulih. Malah beliau tambah Berani kehadapan & kini beliau merupakan seorang
Zarraz Authorised Outlet kepada Zarraz Paramedical, kerana amat
berbesar hati untuk berkongsi kebaikannya yang mana beliau sendiri telah
mengalami nikmat dan perubahannya.
APA ITU EKZEMA???
Bagi sesiapa yang
tidak mengetahui apakah itu Ekzema, disini saya ingin berkongsi serba sedikit
info mengenainya.
Ekzema atau
dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau
alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap
keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan
dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang
serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Oleh kerana kulit terasa
gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran.
Ekzema adalah
disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Ekzema juga disebabkan
oleh tabiat gatal dan menggaru, cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun
atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama..
Kesan penyakit ini
pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas
punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada
orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Penyakit ini
boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih
banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.
Panduan pengurusan
Ekzema :)
- Elakkan mandi terlalu lama.
- Jangan mandi air panas atau agak suam.
- Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
- Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
- Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
- Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
- Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.
- Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran.
- Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnye memudaratkan lagi ekzema.