Sunday 30 December 2012

Ekzema buat kawan ku rasa rendah diri!!!!!!



Salam semua..

Ok hari ini saya nak story mengenai masalah Ekzema salah seorang kenalan saya ini.
Insan ini, seorang lelaki dewasa, seorang bapa tunggal beranak 4, yang mengalami ekzema yang bukan sahaja di bahagian badan tetapi di bahagian muka. Masalah ini yang menyebabkan beliau kurang berkeyakinan untuk kehadapan malah cuba mengelak daripada berjumpa orang lain kerena ekzema di bahagian muka sukar disorok. Kalau di badan bolehlah dilindungi dengan pakaian.

Dah berpuluh2 jenis produk beliau cuba, sudah beratus ringgit beliau habiskan tetapi ‘hampeh’ dan kecewa kerana tiada perubahan yang diharapkan. Beliau ada menceritakan masalah yang beliau hadapi itu kepada saya tetapi semasa itu masalah ekzema hadapi tidak begitu teruk. Sehingga lah suatu hari di bulan Ramadhan, saya bertemu beliau semasa beliau menziarahi suami saya di Hospital (suami saya baru menjalani pembedahan batu karang). Saya berasa amat kesian pada beliau. Dia berasa emet gatal dan pedih serta berair. Ini gambar yang sempat saya ambil.


Saya mengesyorkan beliau mencuba produk Zarraz Paramedical iaitu Calming Cleansing Milk dan Sun Protection SPF50.


 Calming Cleansing Milk

 Sun Protection SPF50


Alhamdulillah selepas hanya 2 minggu beliau memakainya secara istiqamah inilah hasilnya:

Kini beliau tidak lagi merasa rendah diri, kurang yakin, malu kerana masalah ekzema beliau sudah pulih. Malah beliau tambah Berani kehadapan & kini beliau merupakan seorang Zarraz Authorised Outlet kepada Zarraz Paramedical, kerana amat berbesar hati untuk berkongsi kebaikannya yang mana beliau sendiri telah mengalami nikmat dan perubahannya.




APA ITU EKZEMA???

Bagi sesiapa yang tidak mengetahui apakah itu Ekzema, disini saya ingin berkongsi serba sedikit info mengenainya.
Ekzema atau dermatitis atopik ialah satu penyakit yang disebabkan oleh sentuhan atau alergi. Ia terjadi kepada orang yang mewarisi kulit yang terlalu peka terhadap keadaan seperti sejuk, panas dan lembap. Tekanan emosi, mandi yang berlebihan dan penggunaan sabun yang kuat juga boleh menggalakkan ekzema.Bagi ekzema yang serius, kulit menjadi kemerah-merahan dan membengkak. Oleh kerana kulit terasa gatal, maka pesakit akan menggaru kulit sehingga terdapat tanda cakaran. 


Ekzema adalah disebabkan oleh faktor genetik dan persekitaran. Ekzema juga disebabkan oleh tabiat gatal dan menggaru, cuaca panas, kering, peluh, bakteria, sabun atau pencuci yang mengeringkan kulit, alahan makanan dan hama..  


Kesan penyakit ini pada kanak-kanak boleh dilihat pada bahagian lutut, pelipat siku, atas punggung, buku lali, belakang telinga, muka dan kulit kepala, manakala pada orang dewasa, ia lebih ketara di belakang lutut dan pelipat siku. Penyakit ini boleh dihidapi pelbagai lapisan umur, termasuk kanak-kanak. Biasanya ia lebih banyak dihidapi kanak-kanak berusia kurang dua tahun.


Panduan pengurusan Ekzema :)

  • Elakkan mandi terlalu lama.
  • Jangan mandi air panas atau agak suam.
  • Gunakan sabun yang lembut, mempunyai kelembapan tinggi tanpa bahan kimia yang mengeringkan kulit.
  • Elakkan tersentuh sabun, minyak wangi, serbuk pencuci, barang perhiasan dan persekitaran yang boleh menyebabkan ekzema.
  • Memakai baju longgar dan diperbuat dari kapas.
  • Elakkan makanan yang menjadi alahan seperti susu lembu, telur dan kekacang.
  • Mempertahankan suhu sejuk di kawasan bilik tidur kerana panas boleh menyebabkan berpeluh yang memburukkan keadaan gatal dan rengsa.
  • Pastikan persekitaran rumah bersih dan bebas daripada habuk dan kotoran. 
  • Pastikan kuku sentiasa pendek agar tidak menggaru dan seterusnye memudaratkan lagi ekzema.

No comments:

Post a Comment